Masa:

  
  .
Komunikasi
Public account
  Zon PRO
1129 kredit
Beli kredit
Anda berada di dalam akaun orang ramai. Jika anda ingin bermain permainan ini atau sertai perbincangan, anda harus daftar masuk. Jika anda pengguna baru, anda mesti mendaftar terlebih dahulu.

  Berita bola sepak

Perubahan yang akan datang dalam ekonomi permainan.

Kawan-kawan sekalian,

 

Seperti yang kami telah berjanji sebelum ini, kami membuat beberapa penambahbaikan dalam ekonomi permainan untuk kedua-dua sukan hoki dan bola sepak untuk menjadikan permainan lebih kompetitif dan menyeronokkan. Masalah utama yang kami sedang berusaha untuk menangani adalah hakikat bahawa ramai pengurus memilih untuk tinggal di bahagian yang lebih rendah di mana mereka menguasai berbanding bermain di divisen yang lebih tinggi di tengah-tengah liga atau di bahagian bawah liga. Masalah ini telah dibangkitkan oleh ramai di antara anda dan kami memutuskan bahawa sudah tiba masanya untuk berbuat sesuatu mengenainya. Perubahan yang direka adalah untuk tidak mengecewakan pelan jangka panjang dari pengurus-pengurus yang memainkan permainan untuk menang dan kita yakin bahawa permainan akan menjadi lebih baik selepas pelaksanaan ini.

Izinkan saya membentangkan gambaran perubahan yang akan datang dan tarikh pengeluaran yang dirancang:

 

     1.  Perubahan koefisien untuk posisi liga - Koefisien ini digunakan untuk pengiraan tawaran penajaandan kehadiran. Kami telah membuat pelarasan supaya perbezaan di antara pasukan pertama dan pasukan terakhir akan menjadi lebih kecil daripada sekarang.Oleh itu, perbezaan di antara pasukan yang terbaik dan paling teruk dari segi pendapatan wang akan menjadi lebih kecil yang akan memberi peluang yang lebih baik untuk pasukan yang diletakkan lebih rendah untuk mengejar pasukan teratas. Ia juga bermaksud bahawa pasukan teratas dari liga yang lebih rendah tidak akan mempunyai kelebihan berbanding pasukan di tengah-tengah pek dalam liga yang lebih tinggi. Ini meningkatkan dorongan untuk pasukan dalam liga yang lebih rendah untuk menaikkan pangkat. Perbezaan di antara tahap liga secara keseluruhannya tidak berubah. Perubahan ini dijadualkan untuk diterbitkan sejurus sebelum tawaran penajaan pertama pada akhir musim ini dalam kedua-dua sukan.

     2.  Perubahan pengiraan dari rating pasukan keseluruhan (OTR) - Pengiraan OTR untuk kekalahan,     kemenangan, seri dalam perlawanan lebih masa akan secara relatif berdasarkan perbezaan OTR anda terhadap lawan anda. Jika anda bermain dengan suatu pasukan dengan OTR lebih tinggi daripada anda, anda boleh mendapat lebih banyak mata OTR untuk kemenangan berbanding dengan lawan anda. Walaupun ini telah sentiasa menjadi suatu kes, kami akan membuat peningkatkan kesan ini dengan ketara. Ini bermakna bahawa jika anda menguasai liga anda dan enggan naik pangkat, Pengiraan OTR anda akan menjadi lebih rendah kerana kualiti relatif golongan rendah pasukan dalam liga anda. Sebaliknya jika anda bermain dalam liga yang kukuh di mana kebanyakan pasukan adalah lebih baik daripada anda, anda akan diberi ganjaran dengan keuntungan yang lebih tinggi untuk setiap mata yang anda dapat menentang lawan yang sukar ini. Semakin besar perbezaan OTR antara kedua-dua pasukan, semakin besar perbezaan dalam mata OTR mereka dapat menimba. Perubahan ini akan dilaksanakan pada permulaan musim depan dalam kedua-dua sukan.

     3.  Perubahan pengiraan rating pasukan keseluruhan (OTR) - Penambahan OTR untuk kemenangan,   seri, kekalahan dalam masa tambahan akan secara relatifnya berdasarkan perbezaan OTR antara lawan anda dengan OTR anda. Jika anda bermain dengan pasukan yang mempunyai OTR yang lebih tinggi daripada anda, anda akan mendapat lebih OTR untuk kemenangan keatasnya.  Kami akan meningkatkan kesan ini dengan ketara. Ia bermakna, jika anda mendominasi liga anda dan enggan untuk dipromosikan, OTR anda akan menjadi kurang sebab kuality lawan yang secara relatif adalah lebih rendah. Sebaliknya jika anda bermain dalam liga yang lebih teguh dimana kebanyakan pasukan adalah lebih baik daripada anda, anda akan dibeeri ganjaran dalam OTR lebih tinggi untuk setiap mata yang anda dapat antara pasukan sukar ini. Lebih besar perbandingan OTR diantara dua pasukan, lebih besar perbezaan OTR yang didapati. Perubahan ini akan dilaksanakan pada permulaan musim depan dalam kedua-dua sukan.

     4.  Perubahan dalam penajaan untuk pasukan yang dinaikkan pangkat dan diturunkan pangkat - Untuk menggalakkan pasukan yang dinaikkan pangkat dapat bersaing dengan paras liga yang lebih tinggi. Mereka akan menerima bonus tambahan dalam tawaran penajaan termasuk tawaran rakan media dan skybox / tawaran VIP lounge. Sebaliknya, pasukan yang diturunkan pangkat akan menerima tawaran penajaan yang dikurangkan dalam tawaran rakan media dan tawaran skybox / VIP lounge. Sila ambil perhatian bahawa ini tidak bertujuan untuk memusnahkan pasukan yang berada di bawah liga. Dalam kombinasi dengan perubahan yang disebutkan dalam poin 1. Pasukan yang diturunkan pangkat tidak akan menerima wang yang kurang daripada apa yang mereka telah mendapat sekarang. Walau bagaimanapun, jika anda berjaya untuk mengelakkan daripada penyingkiran dalam liga atas, anda akan dapat nampak tawaran tajaan anda bertambah berbanding dengan apa yang anda telah mendapat pada masa lalu. Perubahan ini dijadualkan untuk diterbitkan sejurus sebelum tawaran penajaan pertama pada akhir musim ini dalam kedua-dua sukan.

    5.  Pengaruh membuang permainan utama mengenai tawaran penajaan - Perubahan terakhir adalah secara langsung bertujuan untuk orang-orang yang sengaja mengelakkan promosi. Penaja akan mengambil kira jika seorang pengurus menurun padang satu pasukan dengan kekuatan pasukan yang jauh lebih rendah berbanding dengan kekuatan purata  musim untuk permainan utama yang berkaitan dengan promosi dan penyingkiran. Permainan utama telah dikenal pasti sebagai perlawanan promosi dan perlawanan penyingkiran dalam sukan serta suku akhir, separuh akhir, akhir dan pusingan pertama untuk tempat ke9-ke16 dalam hoki. Bagi setiap satu permainan di mana anda membuat keputusan untuk menurunkan satu pasukan yang lebih lemah, penaja akan ambil perhatian dan mereka akan mengambil kira pada akhir musim ini. Perubahan ini akan dilaksanakan dalam permainan utama musim ini.

Dua perubahan yang terdahulu telah disediakan dan hanya menunggu untuk dilancarkan. 3 yang lain masih di dalam pembangunan. Jika atas sebab-sebab tertentu kami tidak dapat untuk melaksanakan mana-mana daripada mereka dalam masa yang ditetepkan, kami akan memberitahu anda.

Berita dari bola sepak
Kami telah melaksanakan pilihan yang ada bagi pengurus pasukan kebangsaan untuk meletakkan jawatan mereka jika mereka tidak mahu meneruskan dalam jawatan mereka pada musim kedua. Pengurus pasukan kebangsaan dapat mencari pilihan ini pada halaman Pilihanraya.
Itu sahaja, harap anda mempunyai hujung minggu yang baik!



Berita lama
08/2019

04/2019

01/2019

12/2018

09/2018

05/2018

01/2018

11/2017

10/2017

08/2017

06/2017

03/2017

12/2016

11/2016

10/2016

07/2016

Tunjuk banyak lagi