Masa:

  
  .
Komunikasi
Public account
  Zon PRO
1129 kredit
Beli kredit
Anda berada di dalam akaun orang ramai. Jika anda ingin bermain permainan ini atau sertai perbincangan, anda harus daftar masuk. Jika anda pengguna baru, anda mesti mendaftar terlebih dahulu.

  Berita bola sepak

Trofi baru

 

Hi kawan-kawan,

hari ini kami telah menambah trofi baru untuk tunjukkan. Jika anda mendapat tempat ke-2 atau ke-3 pada musim yang lepas dalam kedua-dua sukan dan anda mempunyai PRO pack, anda boleh menjumpai trofi-trofi ini dalam profil pasukan dan pengurus. Markah telah ditetapkan untuk trofi-trofi ini dan markah ini diambil kira untuk kedudukan dalam Pengurus terbaik.

Pada hari Isnin, kami telah memaklumkan kepada anda tentang pelancaran kedai peminat PPM yang akan dibuka tidak lama lagi. Pada sesetengah barang yang anda boleh beli (kebanyakannya baju polo dan topi), anda akan mendapat bendera negara pilihan anda. Di sini ialah senarai negara-negara yang bakal ada:

Argentina, Austria, Belgium, Bosnia, Brazil, Kanada, Switzerland, Republik Czech, Jerman, Denmark, Sepanyol, Finland, Perancis, United Kingdom, Croatia, Hungary, Ireland, Itali, Latvia, Belanda, Norway, Poland, Portugal, Rusia, Serbia, Slovakia, Slovenia, Sweden, Ukraine, USA 

Jika anda inginkan bendera yang tidak ada dalam senarai ini, sila hubungi maTTko  jika ada dari pihak anda yang berminat, kami akan tambahkannya ke dalam senarai.

Ingat bahawa Kempen Rujukan Hebat masih awal lagi dan tidak mustahil untuk mendapatkan tempat teratas. Jemput pengurus baru untuk mendapat peluang memenangi Nintendo Wii, barangan PPM dan pasa masa yang sama juga anda boleh dapat jumlah kredit yang banyak.

Jika anda mempunyai Facebook, sila 'like' kepada laman rasmi Facebook  di mana anda boleh berbincang dengan pengurus lain dan kadangkala anda boleh baca berita terbaru sebelum ia disiarkan di PPM.

Itu sahaja, semoga berjaya!



Berita lama
08/2019

04/2019

01/2019

12/2018

09/2018

05/2018

01/2018

11/2017

10/2017

08/2017

06/2017

03/2017

12/2016

11/2016

10/2016

07/2016

Tunjuk banyak lagi