Masa:

  
  .
Komunikasi
Public account
  Zon PRO
1129 kredit
Beli kredit
Anda berada di dalam akaun orang ramai. Jika anda ingin bermain permainan ini atau sertai perbincangan, anda harus daftar masuk. Jika anda pengguna baru, anda mesti mendaftar terlebih dahulu.

  Berita bola sepak

Wajah pemain baru dan berita-berita lain

Hi kawan-kawan,

sebahagian daripada anda mungkin sedar bahawa kami telah menambah beberapa wajah pemain baru dari Arab dan India (Timur). Wajah-wajah baru telah digunakan untuk negara-negara yang berkaitan seperti Iran, Mesir, India, Malaysia, dan banyak lagi.

Kita juga telah memperbaiki beberapa butiran pada pemain caucasian seperti Adam's apple. Ucapan terima kasih istimewa kepada ThomasHK yang telah menciptakan segala unsur-unsur muka baru.

Satu lagi penambahbaikan mengenai wajah-wajah ialah kami telah menetapkan peratusan yang berbeza dari pemain kulit hitam dan putih di Amerika Syarikat, Canada, France, Netherlands and Belgium untuk sukan-sukan yang berbeza. Sebagai contoh dalam sukan hoki dan bola tampar, peratusan pemain-pemain kulit hitam telah berkurangan manakala dalam bola sepak dan bola keranjang khususnya telah meningkat di negara-negara ini.

Kami juga telah melaksanakan beberapa cadangan daripada komuniti. Yang pertama adalah pilihan untuk memilih bermain di arena / stadium yang lebih besar apabila anda menetapkan kriteria untuk penjadualan mesra automatik. Sehingga kini anda mempunyai pilihan untuk memilih mana-mana sahaja, tempat sendiri atau di tempat lawan. Pilihan pertama telah digantikan dengan yang baru. Dengan cara ini anda boleh memaksimumkan pendapatan anda dari perlawanan persahabatan.

Kami telah menambah penapis kedudukan di laman latihan dalam bola baling dan bola keranjang.

Akhir sekali, kami ingin mengumumkan bahawa ranking dunia untuk pasukan kebangsaan dalam sukan hoki telah dipisahkan kepada 3 kategori umur jadi setiap kategori umur mempunyai ranking tersendiri. Ranking ini digunakan untuk membahagikan pasukan ke dalam pots sebelum cabutan dari kumpulan kejohanan dunia.

Semoga hari anda lebih ceria!



Berita lama
08/2019

04/2019

01/2019

12/2018

09/2018

05/2018

01/2018

11/2017

10/2017

08/2017

06/2017

03/2017

12/2016

11/2016

10/2016

07/2016

Tunjuk banyak lagi