Masa:

  
  .
Komunikasi
Public account
  Zon PRO
1330 kredit
Beli kredit
Anda berada di dalam akaun orang ramai. Jika anda ingin bermain permainan ini atau sertai perbincangan, anda harus daftar masuk. Jika anda pengguna baru, anda mesti mendaftar terlebih dahulu.

  Berita bola sepak

Fokus beralih ke bola sepak

 

Hi kawan-kawan,

Sebelum saya menulis tentang perkara utama dalam berita ini, saya ingin memaklumkan kepada anda bahawa kekerapan pengambilan pemain muda dan staf baru telah diubah. Sekarang anda boleh mengambil pemain muda dan staf baru setiap minggu. Staf baru akan datang pada setiap hari Isnin dan pemain muda hari Jumaat. Sudah tentu jumlah staf baru dan pemain muda akan dikurangkan separuh untuk setiap sesi pengambilan.. Perubahan ini telah diberitahu dalam salah sebuah berita terdahulu.

Seperti yang anda ketahui, kami sedang merancang untuk mengemaskinikan secara besar-besaran enjin perlawanan bola sepak. Sebelum kami dapat menukar kod tersebut, kami mesti analisanya dahulu supaya mendapat pemahaman yang lengkap tentangnya. Pembuat enjin ini sudah lagi tidak menjadi sebahagian daripada pasukan kami dan ini telah menyebabkan penangguhan dalam kerja kami untuk komponen yang kritikal dalam permainan ini. Sekarang ia menjadi keutamaan kami untuk membuat pembaikan yang akan menjadikan permainan ini lebih menyeronokkan dan lebih realistik.

Terdapar beberapa isu yang kami ingin ketengahkan. Sebagai contoh pengaruh kehilangan seorang pemain kerana mendapat kad merah, pengiraan kesalahan dan kad secara umum, gol dari sepakan penjuru dan sepakan percuma dll. Kami juga akan memperbaiki bug berkaitan dengan penyiaran secara langsung seperti pemain muncul secara langsung selepas ditukarkan.

Untuk sementara waktu kerja-kerja untuk pasukan kebangsaan telah dibangunkan. Perancangannya ialah untuk melancarkannnya pada musim depan dengan pengundian untuk pengurus pasukan kebangsaan akan diadakan pada penghujung musim ini. Kami akan kerap memberitahu anda.

Selamat menikmati hujung minggu anda!

PS: Jangan lupa bahawa dari 1 Jun, harga baru akan mula dikenakan. Anda hanya mempunyai 3 hari sahaja lagi untuk membeli kredit untuk harga semasa.

 



Berita lama
03/2024

01/2024

12/2023

11/2023

08/2023

05/2023

04/2023

12/2022

11/2022

09/2022

05/2022

03/2022

01/2022

12/2021

10/2021

06/2021

Tunjuk banyak lagi