Masa:

  
  .
Komunikasi
Public account
  Zon PRO
1330 kredit
Beli kredit
Anda berada di dalam akaun orang ramai. Jika anda ingin bermain permainan ini atau sertai perbincangan, anda harus daftar masuk. Jika anda pengguna baru, anda mesti mendaftar terlebih dahulu.

  Berita bola sepak

Lebih peningkatan enjin telah dirancang

 

Hello kawan,

Permulaan musim ini kami telah melancarkan enjin perlawanan yang baru dan lebih hebat dalam bola. Keputusannya telah menjadi lebih realistik, kami telah menambah pilihan taktikal baru, memperbaiki pertukaran pemain, kami telah memberi anda statistik baru dan lebih maklumat dalam laporan perlawanan sebagai beberapa peningkatan yang dibuat musim ini.

Musim 6 tinggal beberapa minggu lagi dan kami gembira untuk memberitahu bahawa kami sedang bekerja untuk peningkatan seterusnya. Perubahan sebahagian besarnya dirancang musim ini, tetapi tidak dihabiskan tepat pada masnya. Perubahan lain termasuklah perubahan kecil dan beberapa ciri baru.

Kemungkinan perubahan besar adalah tambahan assist.  Pemain terakhir yang menghantar bola kepada penjaring gol akan dianugerahi assist dan assist akan ditambah sebagai kategori baru statistikal untuk pemain. Assist akan memberi anda idea lebih baik tentang bagaimana pemain anda beraksi.

Daripada mula musim ini anda ada pilihan untuk menukar taktik di separuh masa berdasarkan skor. Sebahagian anda telah memberitahu bahawa anda ingin melihat apa impak perubahan ini kepada prestasi pasukan anda. Dari musim hadapan kami akan menunjukkan stats masa pertama sebelah jumlah stats dalam laporan perlawanan supaya anda boleh membandingkan prestasi separuh masa pertama dan kedua.

Perubahan ini termasuklah pengurangan kad kuning dan merah. Global purata terkini adalah tinggi sedikit daripada sepatutnya. Ini bermakna kurang penggantungan

Satu ladi perubahan penting adalah Kedeudukan dan prestasi pemain yang lemah berlatih akan turun mendadak. Sistem terkini membenarkan sedikit sebanyak kepelbagaian dan pemain yang hanya berlatih atribut utama ( atau tidak berlatih dengan cukup ) masih boleh beraksi dengan baik. Saya menjamin anda bahawa anda tidak perlu risau jika anda melatih pemain anda dengan munasabah. Kepelbagaian dalam latihan yang pasti masih dibenarkan.

Sekarang berbalik kepada urusan terkini. Kami telah menambah maklumat tentang sebab penggantungan ke dalam berita pasukan jikalau pemain anda sigantung. Ini adalah untuk mengelak kekeliruan apabila pemain sama mendapat dua penggantungan pada masa yang sama ( satu untuk kad kuning dan satu lagi untuk kad merah ).

Memandangkan penjaga gol sekarang mempunyai stats tersendiri, kami akan memberi Wang hadiah untuk penjaga gol terbaik mengikut nombor tangkapan bersih di dalam liga. Anda boleh menjangka ini pada penghujung musim.

Nanti anda akan dapat membina sarung tangan penyesuaian untuk penjaga gol anda. Ciri kredit baru ini sedang dalam fasa cubaan.

Itu sahaja untuk hari ini, nikmati minggu yang indah!

 



Berita lama
03/2024

01/2024

12/2023

11/2023

08/2023

05/2023

04/2023

12/2022

11/2022

09/2022

05/2022

03/2022

01/2022

12/2021

10/2021

06/2021

Tunjuk banyak lagi